Dreams Is Your Waking Hope
Sejak kecil, saya punya minat dan kecenderungan yang pelbagai. Di sekolah, pelbagai pertandingan dan program saya ceburi. Menginjak dewasa saya terasa agak sukar untuk memilih apa yang saya mahu. Samada bidang seni, bidang sains, bidang teknikal, khidmat masyarakat, sukan, alam sekitar, musik, filem dan lain-lain. Semua saya suka. Namun, saya sedar minat dan kecenderungan yang pelbagai ini menjadikan saya menggali ilmu dan pengetahuan sebanyak-banyaknya. Sangat suka membaca pelbagai maklumat, berita dan bahan terbaru.
Setelah masuk alam pekerjaan dan bekeluarga, saya terasa kehilangan. Struggle membina keluarga. Sibuk mencari duit dan sibuk dengan aktiviti menjadikan saya 'nihil'. Tidak dinafikan sedikit sebanyak saya terasa kehilangan 'sesuatu' dalam tempoh 10 tahun ini.
Sejujurnya, mempunyai cahaya mata bukan satu pilihan dalam hidup. Namun, itulah kurniaan Allah swt kepada saya yang 'degil' ini. Rupa-rupanya ianya terselit 1001 pelajaran, pengajaran dan pendidikan pada saya. Sungguh, menjadi seorang ibu itu sukar!. Saya dikurniakan 3 orang permata hati. 1 orang permata hati 'ready made'. Anak dari perkahwinan suami saya. ya, complete. 2 lelaki, 2 perempuan. Sehingga blog ini ditulis, saya belum bercadang untuk menambah. 10 tahun ini, saya belajar. Macam-macam perkara tentang 'anak'. Namun yang lebih banyak saya belajar ialah tentang diri. Inilah kurniaan yang sangat saya syukuri. Alhamdulillah, sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang sabar dan dapat mengambil pelajaran dari dugaan.
Saya kira, sejak si kecil Ultraman Hamzah mencecah usia 3 tahun ini, terasa ada satu percikan baru dalam diri. Ya, saya harus bangkit! Saya perlu keluar dari zon ini. Bukan mahu menafikan tugas sebagai surirumah. Tapi untuk mengejar impian yang tersimpan. Saya mahu, melaksanakan kedua-duanya. Ada impian untuk anak-anak dan keluarga, dan ada juga impian untuk mengembangkan apa yang saya mahu.
Impian saya yang pertama ialah
#Memperbaiki dan mengembangkan perniagaan saya.
Anjasmara Traditional Therapy & Confinement Care.
- Mendaftarkan perniagaan di SSM (semula)
- Mendaftar dengan PERKESO dan mengaktifkan semula akaun KWSP.
- Menambah ilmu dalam bidang ini dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan. Memerlukan pelaburan kewangan, namun perlu diteruskan supaya saya dapat memberi 'nilai tambah' pada perniagaan saya.
- Mempelajari pengurusan kewangan, perakaunan dan perniagaan supaya saya dapat menganalisis dan membuat strategi pemasaran.
-Berhasrat membuka Pusat Terapi Anjasmara suatu hari nanti.
(Saya akan buat details pasal pusat rawatan ini di posting lain. Kind of interesting to dream and design my own centre). Insyaallah.
#Pelaburan Emas
Saya kira walaupun harga emas sangat tinggi pada waktu ini (RM235++), saya perlu memulakan menyimpan emas.
Memerlukan strategi menyimpan duit yang ketat dan perlu berjimat cermat demi melaksanakan impian ini. Semoga saya dapat melakukannya.
Target membeli cincin pada 2 gram pada awalnya. Insyaallah.
#Pelaburan Simpanan Untuk Si Permata Hati
Tiba waktunya saya perlu konsisten menyimpan untuk anak-anak.
Saya memilih akaun ASNB dan berhasrat untuk menambah akaun SSPN-i setelah membaca tawaran terbaru yang ada perlindungan Takaful. Bermula dengan sedikit RM10 x 3 orang sebulan dan akan saya naikkan apabila kewangan lebih stabil. Better than nothing, right?. Insyaallah.
Jadi, setakat ini dahulu. Saya akan tambah perkongsian mengenai impian ini dalam posting seterusnya.

Ulasan
Catat Ulasan