Catatan

Dreams Is Your Waking Hope

Imej
Sejak kecil, saya punya minat dan kecenderungan yang pelbagai. Di sekolah, pelbagai pertandingan dan program saya ceburi. Menginjak dewasa saya terasa agak sukar untuk memilih apa yang saya mahu. Samada bidang seni, bidang sains, bidang teknikal, khidmat masyarakat, sukan, alam sekitar, musik, filem dan lain-lain. Semua saya suka. Namun, saya sedar minat dan kecenderungan yang pelbagai ini menjadikan saya menggali ilmu dan pengetahuan sebanyak-banyaknya. Sangat suka membaca pelbagai maklumat, berita dan bahan terbaru. Setelah masuk alam pekerjaan dan bekeluarga, saya terasa kehilangan. Struggle membina keluarga. Sibuk mencari duit dan sibuk dengan aktiviti menjadikan saya 'nihil'. Tidak dinafikan sedikit sebanyak saya terasa kehilangan 'sesuatu' dalam tempoh 10 tahun ini. Sejujurnya, mempunyai cahaya mata bukan satu pilihan dalam hidup. Namun, itulah kurniaan Allah swt kepada saya yang 'degil' ini. Rupa-rupanya ianya terselit 1001 pelajaran, pengajaran dan pendi...

Inspirasi Penulisan

Imej
Hampir 10 tahun saya tidak menulis dengan sepenuh hati. Sedangkan sejak kecil saya sangat jatuh hati dengan bidang ini. Mungkin kerana hobi membaca pelbagai jenis buku sedari kecil. Pada awal usia 10 ke 12 tahun saya sudah menghabiskan pelbagai jenis novel. Dari karya popular hingga karya sastera oleh sasterawan negara. Bosan dengan novel di negara sendiri, saya mula membaca karya-karya dari negara barat. Bermula dengan terjemahan dan mula memberanikan diri dengan membaca dalam sepenuhnya bahasa Inggeris. Selain itu novel terjemahan dari negara Jepun juga mendapat tempat dalam diri saya. Saya jatuh hati dengan gaya bahasa mereka.  Apabila menjejak kaki ke sekolah menengah, saya mula jadi pengunjung tetap perpustakaan sekolah. Seingat saya, SMK Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota agak kuat melekat memorinya dalam diri. mungkin kerana pengalaman membedah buku di perpustakaan di sekolah tersebut melebihi sekolah lain yang saya pernah hadir. Sebagai sebuah sekolah primer, perpustakaan sekol...

Tentang Saya

Imej
Assalamualaikum wbh Salam kenal buat semua. Mungkin ada yang mengenali saya, mungkin juga kurang pasti siapa saya. 10 tahun dulu, saya memperkenalkan diri dengan Seri. Namun, ada juga yang mengenali saya dengan nama Ratna. Seri urut, Ratna urut. Biasanya begitulah nama yang orang gelar. mungkin atas faktor nama akaun FB saya ketika itu menggunakan nama Dang Ratna Seridewi. Pada waktu itu juga, saya mencari pelanggan menggunakan saluran FB. Sebenarnya, banyak kali juga saya beritahu nama sebenar, tapi lebih ramai yang ingat nama FB saya. Nama yang unik, dan kadangkala membuatkan ramai orang musykil, adakah saya orang Malaysia atau dari negara seberang.  Adapun, bercakap soal nama FB saya, sebenarnya ialah gelaran anugerah dari pertubuhan silat yang saya ceburi. Menjawab persoalan ramai pelanggan saya, ya selain bidang urut tradisi ini, saya juga merupakan seorang Jurulatih Silat. Dua bidang ini merupakan bidang yang sangat dekat dengan peribadi, jiwa dan fikiran saya. Falsafah yang ...